TERATAK DESA
Sepanjang perjalanan mencari RedhaMu
Monday, November 10, 2014
MENGHITUNG HARI
Bila baca tajuk ini apa yang anda fikirkan??? Jangan fikir yang bukan-bukan... Hehehehe Sebenarnya saya menunggu panggilan dan surat daripada pemaju untuk memaklumkan dan menyerahkan kunci teratak desa kami di Taman Sri Bayu, Kelantan.Progress projek masih lagi sekitar 80-85% sahaja. Walaupun lokasi teratak kami terletak agak jauh daripada pusat bandar Kota Bharu, tapi saya merasakan lokasi ini memang sesuai bagi sesiapa yang cintakan suasana desa yang tenang. Berhampiran dengan pantai Sri Tujuh dan tidak jauh dari Pengkalan Kubor, ini memang tempat yang menarik.... Namun agak menyedihkan apabila tarikh penyerahan kunci sering tertunda daripada perancangan asal iaitu kira-kira 6 bulan lepas.Tapi bila dah terlalu lama menunggu, daripada tersenyum lebar akhirnya kami menjadi sugul menanti. Apa yang paling dibimbangkan sekiranya ada kos-kos yang tersembunyi....Saya berharap segala-galanya berjalan lancar.Mudah-mudahan pada penghujung tahun ini, kami dapat tinggal diteratak desa tersebut. InsyaAllah..
MENAMBAH AHLI KELUARGA
Sudah lama saya biarkan blog ini bersawang. Dalam tempoh 4 tahun, macam-macam perkara yang berlaku dalam hidup ini. Antaranya sekarang Aisyah bukan lagi anak tunggal. Tapi sudah ada 2 orang adik. Seorang perempuan iaitu Ain Nur dan seorang lagi lelaki iaitu Adib. Walaupun begitu masih ada perkara yang tidak berubah, iaitu kami masih lagi di kota tinggi. 


Sunday, April 18, 2010
Nur Qistina Arifah

ini gambar sepupu saya,nama dia Nur Qistina Arifah...comel tak???mesti la comel...saya jarang jupe dengan qistina sebab kami duk jauh.saya di selatan dan qistina pula di utara.qistina adalah anak sulung pak ngah saya,dia berasal dari perak dan sekarang tinggal kat parit buntar.kita dilahirkan sama tahun cuma beza bulan je...saya lebih tua dari qistina,beza kami lebih kurang 6 bulan.qistina ni mudah tersenyum,mungkin ikut abi n ummi dia kot...lama gak tak jupe qistina...apa yang dia buat sekarang ni...rindunya kat dia.
pak cik sepupu saya

haiii...berkarya lagi saya he3.ni gambar pak cik sepupu saya,nama dia Ahmad Arif Amsyar,umur dia 3 tahun setengah.dia tinggal kat kelatea.saya suka kat dia opsss jangan salah anggap,saya suka sebab dia suka kawan dgn saya.dia baik orangnya dan suka buat lawak,kalau nak tau,waktu gambar ni diambil,dia pinjam topi dan hand beg saya tau,tu yang nampak feminin tu.satu lagi hobi dia ialah naik basikal sambil buat willy...tapi tak terangkat pun tayar,bunyi jee...saundtrack le lebih,dia ni pantang jupe aweks,mesti dia cakap feewitttt ewea2(gewe2(makwe2))...lama gak saya tak jupe dia,bln 6 ni dpt jupe kot...sb saya nk blk kg..horreyyy.
Monday, April 12, 2010
gedebushhhhhhh.........

ini adalah satu lagi hobi saya....main air.tak kira lah kat mana tempatnya,janji ada air,saya mesti gedebushhh punyaaa....ni saya mandi kat jeram linang pasir putih,kelantan...balik kg la tuu.memang best dapat mandi kat jeram...sampai kesejukan saya.mengeletar kesejukan pun saya tetap mandi juga.seronokkkkkk...
ni no ni no

sesuatu yg tak boleh saya lepaskan bila berkunjung ke pasaraya....saya panggil ia ni no ni no,org lain tak tau la saya dia panggil apa....utk pengehtahuan semua permainan ini sungguh menyeronokan...tak percaya tanya geng2 saya yang seangkatan dengan saya mesti dia orang cakap betul betul betul....bila la lagi ayah nak pergi pasaraya.
Friday, March 19, 2010
Selamat Berkenalan

.Assalamualaikum.....
Salam pembuka bicara kepada semua yang sudi menjenguk blog saya yang tak seberapa ini.Blog ini berkisar tentang keluarga saya, kehidapan saya dan apa-apa saja yang menarik minat saya. Hari ini saya ingin perkenalkan anak saya Aisyah Raihanah. Dia di lahirkan di Hospital Sultan Ismail Johor Bharu,Johor pada tanggal 19.Mac.2008 bersamaan 11 Rabiul Awal 1429 H,kiranya anak saya ni anak Johorlah walaupun suami saya anak jati Kelantan dan saya pula berasal dari Selangr. Kami hidup merantau. Bak kata orang JAUH PERJALANAN LUAS PENGALAMAN...
Subscribe to:
Comments (Atom)