Monday, November 10, 2014

MENGHITUNG HARI

Bila baca tajuk ini apa yang anda fikirkan??? Jangan fikir yang bukan-bukan... Hehehehe Sebenarnya saya menunggu panggilan dan surat daripada pemaju untuk memaklumkan dan menyerahkan kunci teratak desa kami di Taman Sri Bayu, Kelantan.Progress projek masih lagi sekitar 80-85% sahaja. Walaupun lokasi teratak kami terletak agak jauh daripada pusat bandar Kota Bharu, tapi saya merasakan lokasi ini memang sesuai bagi sesiapa yang cintakan suasana desa yang tenang. Berhampiran dengan pantai Sri Tujuh dan tidak jauh dari Pengkalan Kubor, ini memang tempat yang menarik.... Namun agak menyedihkan apabila tarikh penyerahan kunci sering tertunda daripada perancangan asal iaitu kira-kira 6 bulan lepas.Tapi bila dah terlalu lama menunggu, daripada tersenyum lebar akhirnya kami menjadi sugul menanti. Apa yang paling dibimbangkan sekiranya ada kos-kos yang tersembunyi....Saya berharap segala-galanya berjalan lancar.Mudah-mudahan pada penghujung tahun ini, kami dapat tinggal diteratak desa tersebut. InsyaAllah..

MENAMBAH AHLI KELUARGA

Sudah lama saya biarkan blog ini bersawang. Dalam tempoh 4 tahun, macam-macam perkara yang berlaku dalam hidup ini. Antaranya sekarang Aisyah bukan lagi anak tunggal. Tapi sudah ada 2 orang adik. Seorang perempuan iaitu Ain Nur dan seorang lagi lelaki iaitu Adib. Walaupun begitu masih ada perkara yang tidak berubah, iaitu kami masih lagi di kota tinggi.